Penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) ialah suatu penyakit yang disebabkan oleh SARS-CoV-2, salah satu jenis koronavirus yang diketahui pertama kali ditemui di Wuhan, China pada Disember 2019. Virus ini menyerang saluran pernafasan manusia yang diikuti dengan batuk, sesak nafas hingga demam. Namun, terdapat sebahagian besar orang yang dijangkiti tetapi tidak mengalami gejala-gejala tertentu sehingga tidak menyedari bahewa telah dijangkiti COVID-19. Ini ditentukan oleh kekebalan tubuh yang dimiliki setiap orang. Usia juga menjadi salah satu faktor yang dapat mempengaruhi individu dapat dijangkiti virus COVOD-19 atau tidak. Berdasarkan hasil analisis, individu pada usia yang relatif muda atau bahkan kanak-kanak cenderung sukar dijangkiti kerana memiliki sisitem imun yang masih cukup baik, sedangkan individu pada usia 45 tahun keatas cenderung lebih mudah untuk dijangkiti kerana sistem imun yang menurun seiring dengan peningkatan usia.[1][2][3][4]